Sunday, August 8, 2010

LANGKAH MENGATASI TEKANAN PELAJAR



Langkah Atasi Tekanan Dari Ibu Bapa

Keluarga yang mempunyai masalah atau konflik akan menyebabkan anak yang menjadi mangsa. Anak - anak akan berasa terpinggir dek kerana kurang kasih sayang. Oleh yang demikian, anak -anak ini dinasihati supaya berjumpa dengan para profesional serta mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling. Hal ini sedikit debanyak dapat membantu para pelajar dari terus dibelenggu tekanan.

HULAIMIAH BT MOHD NAIN

205048


Langkah Mengatasi Punca Persekitaran

Riadah dapat mengurangkan stres

• Riadah merupakan satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam
kalangan pelajar.

• Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar

• Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan masalah stress

• Antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran, komik, novel dan segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa

• Oleh itu, riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian kita

• Maka, luangkan sedikit masa untuk beriadah bagi mengelakkan stres dari membelenggu diri kita


SITI NURBAIZEERA BT MOHAMMED BAHAR

207057




Langkah Atasi Punca Keinginan Melebihi Kemampuan

Bukannya semua insan dianugerahkan minda yang cerdik pandai sejak dilahirkan.Kita mestilah mengenalpasti had kemampuan kita.Apabila kita sedar sesuatu perkara yang kita lakukan di luar kemampuan,kita seharusnya berhenti melakukannya.Kita boleh meminta bantuan daripada orang yang labih layak dan mahir untuk menyempurnakann perkara tersebut.Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita tidak terlalu memaksa diri.

Kita boleh menjalankan kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan

memberikan keseronokan supaya tekanan dapat diatasi.Oleh itu,janganlah kita terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu ditanggung.


VIVIENNE MU HUI TING

207059


Langkah Mengatasi Tekanan dalam Kalangan Pelajar dari Sudut Interpersonal

Cara-cara pelajar mengatasi stress ialah pelajar boleh mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks.

Sebagai contoh, pelajar boleh menyanyi ,menari,dan menjerit.Hal ini boleh membantu pelajar melepaskan stress sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik air ataupun di mana sahaja tanpa mementingkan senikata lagu tersebut.

Pelajar juga boleh menghilangkan stress dengan meluahkan perasaan kepada sahabat karib ataupun meluhkannya dalam diari. Pelajar mungkin melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib. Meluahkan perasaan kepada sahabat dapat mengurangkan stress. Selain itu, stress juga boleh diatasi apabila pelajar melihat segala masalah itu dari segi positif. Misalnya, apabila pelajar menghadapi sesuatu masalah pelajar mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerina masalah itu sebagai panduan atau hikmah dalam kehidupan pada masa akan datang. Disamping itu, pelajar juga boleh menetapkan semula matlamat atau keutamaan yang realistik dalam kehidupan seharian bagi menangani stress, Contohnya, bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan pelajar tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Oleh itu, pelajar harus utamakan kerja yang lebih penting terlebih dahulu. Segala langkah yang disarankan ini pelajar boleh sentiasa praktiskannya bagi menghilangkan stress dan menjalani kehidupan seharian tanpa masalah.


NORATHIRAH BINTI JUSOH

205061


Langkah Menangani Punca Sosial

Menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan juga merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah punca sosial. Remaja tersebut haruslah membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja masyarakat seperti aktiviti gotong-royong,mengikuti majlis keagamaan,menderma kepada masjid atau rumah anak-anak yatim dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan kegiatan sosial. Selain itu,remaja juga patut meninjau keadaan orang yang kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan,pendidikan,kesihatan dan keluarga. Ini sekaligus akan dapat menyedarkan individu tersebut dari terus lalai dan hanyut dengan gejala sosial Oleh yang demikian,banyak langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.


SITI NOOR EZZATIE BINTI YAHYA

204714


7 comments:

  1. nana nur (kump c30 )

    Pada pendapat saya,individu yang menghadapi stress perlulah berinisiatif untuk mengurangkan stress dengan langkah-langkah yang diberikan.

    ReplyDelete
  2. Selain langkah-langkah di atas,adakah langkah lain yang dapat mengatasi masalah takanan?

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya terdapat langkah-langkah yang lain bagi mengatasi masalah takanan.Contohnya,menetapkan harapan atau matlamat yang realistik.

    ReplyDelete
  4. Memang betul.Sekiranya individu yang menghadapi stress mempraktikkan langkah-langkah yang dikemukakan di atas,tekanannya pasti dapat diatasi.

    ReplyDelete
  5. bagaimana jika saya tertekan disebabkan ingin berhenti dari asrama ?

    ReplyDelete
  6. Itu kerana anda tidak dapat menyesuaikan diri..Cuba anda berfikiran terbuka seperti tekadkan didalam hati bahawa tinggal di asrama serupa seperti tinggal di rumah.Pasti anda tidak akan merasa stress. ( cuma cadangan)

    ReplyDelete