Saturday, August 28, 2010

Tekanan

Apa itu tekanan???


Tekanan didefinisikan sebagai 1 reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.(Dr. David B. Posen - Lifestyle Counselor and Psychotherapist).
Ada 2 jenis tekanan:
  1. Austress iaitu tekanan positif.
  2. Distress iaitu tekanan negatif.



Apakah yang berlaku ketika kita tertekan???

Ketika tertekan, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.


Gejala - gejala tekanan???

Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, berasa loya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.




Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa tekanan juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)


Sunday, August 8, 2010

PUNCA TEKANAN PELAJAR

Punca Ibu Bapa

Ibu bapa menjadi salah satu punca tekanan pelajar. Kebanyakkan ibu bapa mahukan anak - anak mereka mencapai kejayaan dalam pendidikan sebagai jaminan mendapat kerjaya yang baik di masa hadapan. Menggalakkan anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan perlu mengikut landasan yang betul dalam setiap langkah dan tindakan dan bukannya mengenakan sesuatu peraturan tanpa rasional. Penggunaan peraturan tanpa rasional dan meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap pencapaian anak - anak akan memberi tekanan kepada anak - anak. Sekiranya harapan yang diletakkan ibu bapa tidak dapat dicapai oleh anak - anak, ini akan menyebabkan anak - anak mengalami tekanan yang teruk sehingga boleh menyebabkan trauma.

Selain itu, penceraian dalam kalangan ibu bapa juga menyebabkan anak - anak mengalami tekanan. Penceraian ibu bapa menyebabkan, kehidupan anak - anak terabai. Anak - anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan anak - anak berasa tersisih dan kurang mendapat kasih sayang sehingga menyebabkan anak - anak mengalami tekanan perasaan. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa menjadi salah satu punca kepada tekanan yang dialami oleh pelajar.

SITI ZUHAILI ABDULLAH

207067


Punca Persekitaran

Pelajar akan mengalami pelbagai perubahan persekitaran dalam hidupan seharian mereka bergelar pelajar. Contohnya mereka akan mengalami perubahan gaya hidup dari peringkat menengah kepada peringkat institusi pengajian tinggi. Mereka akan mengalami tekanan jika tidak dapat menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan besar bergelar mahasiswa universiti seperti untuk mendapat keputusan yang cemerlang mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan.

Selain itu, sistem penentuan gred bagi setiap subjek tidak hanya bergantung kepada markah dalam perperiksaan akhir semata - mata, inilah yang menjadi pembaharuan besar bagi pelajar yang memasuki alam kampus. Tambahan pula, mereka akan mengalami tekanan kerana dibebani dengan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pensyarah, pada masa yang sama mereka perlu mengulangkaji pelajaran bagi setiap subjek untuk menghadapi ujian dan kuiz. Hal ini menunjukkan bahawa persekitaran juga menjadi punca tekanan pelajar.

EMA FATIMAH BT KARYONO

207073


Punca keinginan melebihi kemampuan

Selain itu, keinginan yang melebihi kemampuan juga menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar mempunyai keinginan yang sangat tinggi yang ingin dicapai. Bagi pelajar yang pintar adalah mudah bagi mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Ada di antara pelajar yang mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi dibandingkan dengan kemampuan mereka.Walaubagaimanapun jika direnungkan bagaimana pula dengan keadaan yang kurang berkemampuan jawapannya sudah tentu mereka tertinggal di belakang. Mereka akan mempunyai satu sifat "inferior" di dalam diri mereka. Apabila mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka cita-citakan mereka yang berasa sangat tertekan.

SASIREKHA A/P BASKARAN

204910


Punca Intrapersonal

Salah satu faktor tekanan pelajar ialah kurangnya kecerdasan intrapersonal. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada kecerdasan seseorang yang mampu memahami diri sendiri, mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya sendiri. Kebiasaannya, pelajar masa ini lebih cenderung berfikiran negatif. terdapat 3 konsep diri negatif yang diamalkan oleh pelajar iaitu

1. Tidak yakin dengan kemampuan diri untuk mengatasi masalah.

2. Tidak merasa setara dengan orang lain.

3. malu menerima pujian dan kritikan.

MUHAMMAD TAUFEK BIN MUSA

204785


Punca Sosial

Persekitaran sosial merupakan salah satu penyumbang utama kepada berlakunya tekanan dalam kalangan pelajar hari ini. Pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan menyebabkan mereka mudah terjebak dalam gejala sosial seperti pembuangan bayi, pelacuran, 'mat rempit', dan banyak lagi. Kesannya, mereka yang terlibat ini akan mengalami tekanan kerana tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Sebagai contoh, seorang pelajar perempuan yang telah mengandungkan anak teman lelakinya akan berasa tertekan kerana malu dan takut kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula apabila teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab terhadap perbuatannya.

Hal ini menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan lari dari rumah, seterusnya para pelajar tersebut mengabaikan pelajaran kerana terlalu tertekan akibat masalah yang dihadapinya. Sesungguhnya, gejala sosial yang semakin berleluasa menyebabkan para pelajar mengalami tekanan dalam diri mereka.

NURUL SHAZLINI IDAYU BT MAD AKHIR

207105

LANGKAH MENGATASI TEKANAN PELAJAR



Langkah Atasi Tekanan Dari Ibu Bapa

Keluarga yang mempunyai masalah atau konflik akan menyebabkan anak yang menjadi mangsa. Anak - anak akan berasa terpinggir dek kerana kurang kasih sayang. Oleh yang demikian, anak -anak ini dinasihati supaya berjumpa dengan para profesional serta mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling. Hal ini sedikit debanyak dapat membantu para pelajar dari terus dibelenggu tekanan.

HULAIMIAH BT MOHD NAIN

205048


Langkah Mengatasi Punca Persekitaran

Riadah dapat mengurangkan stres

• Riadah merupakan satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam
kalangan pelajar.

• Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar

• Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan masalah stress

• Antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran, komik, novel dan segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa

• Oleh itu, riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian kita

• Maka, luangkan sedikit masa untuk beriadah bagi mengelakkan stres dari membelenggu diri kita


SITI NURBAIZEERA BT MOHAMMED BAHAR

207057




Langkah Atasi Punca Keinginan Melebihi Kemampuan

Bukannya semua insan dianugerahkan minda yang cerdik pandai sejak dilahirkan.Kita mestilah mengenalpasti had kemampuan kita.Apabila kita sedar sesuatu perkara yang kita lakukan di luar kemampuan,kita seharusnya berhenti melakukannya.Kita boleh meminta bantuan daripada orang yang labih layak dan mahir untuk menyempurnakann perkara tersebut.Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita tidak terlalu memaksa diri.

Kita boleh menjalankan kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan

memberikan keseronokan supaya tekanan dapat diatasi.Oleh itu,janganlah kita terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu ditanggung.


VIVIENNE MU HUI TING

207059


Langkah Mengatasi Tekanan dalam Kalangan Pelajar dari Sudut Interpersonal

Cara-cara pelajar mengatasi stress ialah pelajar boleh mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks.

Sebagai contoh, pelajar boleh menyanyi ,menari,dan menjerit.Hal ini boleh membantu pelajar melepaskan stress sambil menyanyi tidak kira di dalam bilik air ataupun di mana sahaja tanpa mementingkan senikata lagu tersebut.

Pelajar juga boleh menghilangkan stress dengan meluahkan perasaan kepada sahabat karib ataupun meluhkannya dalam diari. Pelajar mungkin melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib. Meluahkan perasaan kepada sahabat dapat mengurangkan stress. Selain itu, stress juga boleh diatasi apabila pelajar melihat segala masalah itu dari segi positif. Misalnya, apabila pelajar menghadapi sesuatu masalah pelajar mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerina masalah itu sebagai panduan atau hikmah dalam kehidupan pada masa akan datang. Disamping itu, pelajar juga boleh menetapkan semula matlamat atau keutamaan yang realistik dalam kehidupan seharian bagi menangani stress, Contohnya, bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan pelajar tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan. Oleh itu, pelajar harus utamakan kerja yang lebih penting terlebih dahulu. Segala langkah yang disarankan ini pelajar boleh sentiasa praktiskannya bagi menghilangkan stress dan menjalani kehidupan seharian tanpa masalah.


NORATHIRAH BINTI JUSOH

205061


Langkah Menangani Punca Sosial

Menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan juga merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah punca sosial. Remaja tersebut haruslah membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja masyarakat seperti aktiviti gotong-royong,mengikuti majlis keagamaan,menderma kepada masjid atau rumah anak-anak yatim dan sebagainya. Hal ini akan menjadikan remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan kegiatan sosial. Selain itu,remaja juga patut meninjau keadaan orang yang kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan,pendidikan,kesihatan dan keluarga. Ini sekaligus akan dapat menyedarkan individu tersebut dari terus lalai dan hanyut dengan gejala sosial Oleh yang demikian,banyak langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.


SITI NOOR EZZATIE BINTI YAHYA

204714